Assalamualaikum,
Harap tak terlambat untuk yana ucapkan dekat rakan blogger Selamat Tahun Baru
2016. Harap tahun baru ni menyuntik azam baru buat kita dan menjadi insan lebih
matang dan professional. Alhamdulillah tahun baru ni memberi sinar baru buat
kami suami isteri. 2 tahun lepas, kami berubah dari boyfriend / girlfriend dah
bertukar status suami isteri.
Maka bermulalah kisah suami isteri. Banyak lagi perkara yang perlu yana belajar lepas kahwin walaupun dah 6 tahun kenal pasangan sebelum berkahwin. Selepas 2 tahun berkahwin akhirnya, kami dikurniakan ………..
Alhamdulillah..
Maka, satu wishlist 2015 dah terlaksana. Insyaallah, next entry yana nak cerita pengalaman pertama mengandung. J Doakan baby membesar dengan sihat dalam perut ni dan menjadi anak yang soleh/solehah. Amin