Khamis, 19 Januari 2017

Pengalaman pertama kali mengandung


Hi,

Assalamualaikum,





Rasanya tak lambat untuk ucap happy new year kepada semua pembaca blog yana. Tak lupa jugak selamat tahun baru cina bagi yang menyambutnya.

Alhamdulillah sepanjang tahun lepas adalah tahun yang agak mencabar buat yana. Yela..nak dapat baby kan..hikhik.. from previous entry yana dah janji nak ceritakan how do i get pregnant!!

ok here the chronology begin..

jeng..jeng..jeng..


29 - 31 August 2015 (Expected 3 weeks pregnant)

Masa ni cuti panjang ofcouse balik Selangor. Balik pulak naik bas dengan demam + selsema + batuk teruk + semput. Tak pernah yana semput-semput ni..memang rasa pelik sangat sampai duk google pasal asma. Dah risau sangat nak kena asma. Lepas tu ok..dah baik..

12 – 19 September 2015 (Expected 5 weeks pregnant)

Masa ni memang havoc sangat sebab busy nak audit pulak tu. Banyak keja dekat office. Mood memang swing ada je benda nak marah. Sampai bos sendiri kena marah..hehehe.. Makan kena 4x sehari. Kuat makan sangat2. Seminggu Badan berangin semacam kadang seharian sendawa angin( tak tau nak sebut macam mana) huhu.. Makan tak menentu. Ingatkan gastrik. Malam sabtu (19hb) call mak kata badan dah seminggu mcm tu minum air halia bergelen-gelen pun tak jalan.. tau mak jawab apa?? “yana menandung kot” heh.. pandai dia meneka. Tapi tak ambik port langsung. Korset pun dah tak boleh pakai sebab perut jadi kejang. Bukan main seronok malamtu kitaorang pergi tengok Dinasour dekat Sales Gallery. Tapi dah plan esok nak gi clinic la. Mana tau betul kena gastrik. Tapi siang tu dah beli upt dulu. Saje jer la nak test..ok sajeeeee.. walau dah lama stop beli upt..huhu


suka nawww dengan dinasour dia...


20 September 2015 (Expected 5 weeks 6 days pregnant)

Bangun pagi tu terus buat upt. Tapi dengan keadaan tenang dan rileks. Upt letak tepi. Tak lama tu nak ambik buang tengok-tengok double line. Jantung terus berdegup laju macam baru lepas bunuh orang. Memang kalut la.. terus kejut husband tunjuk upt. Boleh dia kata jangan suka sangat.Hampeh..hahahaha.. terus sedih. Boleh dia rilek lagi. Ok tak pe nak doube confirm dengan yang pakar dok wasap mama abah sampai ke tengah hari nak tanya tak berjawab. Last2 orang lain yang tau dulu. Tengah duk kalut2 boleh plak muntah... ehhh..hahaha part ni lawak.. selama ni tak tau boleh plak tak muntah kan..ngade..huhu.. kitaorang hold dulu nak dapat confirmation dari doctor.



25 September 2015 (Expected 6 weeks 4 days pregnant)

Harini sambil melawat mak cik dekat hospital dekat Muar. Kitaorg jalan2 cari doktor. Dah jumpa doktor muda hensem. Malangnya dia pun tak pasti sebab result kabur. Memang kabur dari upt sebelum ni which I bought upt only for RM6. Terangan double line tu mampu memancar-mancar ke mata.huhu.. Dia recommend Tey specialist dekat bandar Muar. Ok weouls pergi la.. dari pagi pergi. Kena appointment dulu..petang dia suruh datang balik. Ok kami datang balik petang. Tapi nombor naik pukul 11 malam!! Boleh bayangkan kan..dia punya crowd. Tapi berbaloi la tak mahal mana pun. Sebab dia swasta. Selama beberapa jam jadi penunggu dekat hospital tu resultnya sangat memuaskan hati. Doktor tak pakai scan dekat perut tu.. dia guna scan ikut bawah.. So, nampak dah heartbeat baby. Masa tu memang terharu sangat. Terkesan sangat dengan keajaiban kuasa Allah. Jantung memang berdegup macam baru bunuh orang jugak la masa tu. Masa ni lepas keluar je bilik tabir husband senyum sampai ke telinga.. hah tula orang cakap orang pregnant tak percaya kan.. rupanya ada tv lg 1 dekat luar tabir so dia pun boleh tengok.Balik tu tunjuk gambar dekat mak. Dia takut nak tengok. Huhu..Ayah pun tengok.. shomel je kann..

cinonet je dia..



Bila dah confirm ni.. mula la makan makanan wajib iaitu ubat tiap hari. Hehe..
ok next entry yana ceritakan my pregnancy journey yer.. which agak panjang jugak la. Thanks sebab baca entry yang panjang berjela ni. Kalau nak tahu macam mana yana boleh pregnant boleh whatsapp yana 019-372 0474. Mana tau boleh amalkan dah berjaya. Kannn..kita usaha jer. Selebihnya kita serahkan pada Allah. Ye dak??

Bye.

Assalamualaikum...